4 ahli Parlimen Itali ditahan Israel adakan sidang media
Empat ahli Parlimen Itali yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla telah mengadakan sidang media di Rom, sehari selepas mereka pulang dari Israel susulan penahanan oleh tentera negara itu. Antara yang ditahan ialah Marco Croatti dan Annalisa Corrado, masing-masing merupakan ahli Parlimen Itali dan Parlimen Eropah.