80 peratus kawasan berpenduduk menjelang Jan 2024
Kementerian Komunikasi optimis liputan rangkaian internet 5G di 80 peratus kawasan berpenduduk seluruh Malaysia dapat dicapai menjelang Januari 2024.
Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata, biarpun sasaran asalnya dicapai Disember tahun ini tetapi ketika ini liputannya masih pada tahap 76.1 peratus setakat hujung November.