Amaran Banjir | DBKL tambah aset CCTV, sistem amaran awal banjir
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam proses pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan siren sistem amaran awal banjir di kawasan-kawasan tumpuan sekitar ibu negara.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata inisiatif itu akan memastikan warga kota mendapat maklumat sewajarnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.