Anwar tegaskan demokrasi perlu ruang kritik dan wacana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa demokrasi bukan sekadar berlangsung melalui pilihan raya setiap empat atau lima tahun, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui wacana sihat di Parlimen serta ruang perbahasan terbuka kepada wakil rakyat dan masyarakat.