Bajet 2023 | Pulihkan ekonomi, tambah cukai ke atas orang kaya
Menjelang pembentangan Bajet 2023 Jumaat ini, Penganalisis Ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid mengingatkan supaya kerajaan tidak memotong cukai ke atas golongan kaya.
Malah katanya, cukai wajar ditambah kepada golongan berpendapatan tinggi dalam usaha menambah perbendaharaan negara sebagai usaha memulihkan kesulitan ekonomi yang sedang dihadapi.