Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir | Jawatankuasa Pengurusan Bencana semua peringkat diaktifkan

Banjir | Jawatankuasa Pengurusan Bencana semua peringkat diaktifkan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat (pusat, negeri dan daerah) diaktifkan selain tahap kesiapsiagaan sentiasa ditambah baik bagi menghadapi bencana yang sedang dan bakal berlaku, terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan memaklumkan, ia termasuklah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dilengkapi dengan keperluan asas untuk mangsa terbabit.