Banjir | Kementerian Pertahanan sedia tambah aset dan anggota
Kementerian Pertahanan bersedia menambah kekuatan anggota dan aset, sekiranya keadaan banjir lebih buruk melanda negeri pantai timur.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah yang dilakukan itu bagi memudahkan pihaknya mengatur gerak keperluan melancarkan operasi membantu dan memindahkan mangsa serta menghantar bekalan makanan di pusat pemindahan sementara (PPS)...
