Banjir | Kos baik pulih infrastruktur dianggar lebih RM232 juta
Kos membaik pulih kerosakan infrastruktur susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini, dianggarkan melebihi RM232 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kos tersebut termasuk kerja pembaikan di tiga negeri yang paling teruk terjejas iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.