Banjir Terengganu | 15 kes kebakaran dilaporkan
15 kes kebakaran melibatkan litar pintas direkodkan dalam tempoh lima hari sejak 19 Disember di seluruh Terengganu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid, jumlah itu membabitkan kebakaran barangan elektrik dan pendawaian yang terjejas akibat ditenggelami air.