Belanjawan 2023 | Kerajaan sasar 400 klinik, 380 sekolah daif dibaiki segera
Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.
Perdana Menteri berkata, dalam usaha menyegerakan pelaksanaan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500 ribu sebelum ini.