Belanjawan 2026: GST dengan kadar rendah wajar dilaksana semula - Tinjauan
Majoriti responden tinjauan dalam talian oleh Astro AWANI berpandangan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) wajar diperkenalkan semula dengan kadar yang lebih rendah.
Menerusi tinjauan Suara Anda Suara Malaysia yang disertai 424 responden sejak 48 jam lalu, 47.88 peratus responden bersetuju dengan cadangan itu.