COVID-19 | Penyelesaian perisian sahkan sijil vaksin global
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menandatangani kontrak dengan anak syarikat Deutsche Telekom, T-Systems untuk membina penyelesaian perisian bagi pengesahan elektronik global sijil vaksinasi koronavirus.
Kata syarikat telekomunikasi itu, penyelesaian perisian berasaskan kod QR akan digunakan untuk vaksinasi lain juga, seperti polio atau demam kuning.