COVID-19 | Sarawak mahu beli sendiri Paxlovid tambahan
Perolehan pertama 48,000 dos Paxlovid yang akan tiba di Malaysia Sabtu depan mungkin tidak akan mencukupi bagi menampung keperluan pesakit Covid-19 di Sarawak.
Justeru Sarawak bercadang menggunakan peruntukkanya sendiri bagi membeli ubat antiviral Covid-19 keluaran Pfizer itu bagi menambah bekalan yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).