Delhi kerah bot bermotor, ‘waterjet’ bersihkan Sungai Yamuna
India mengerahkan bot bermotor, penyembur air bertekanan tinggi (waterjet) untuk menjalankan aktiviti pembersihan Sungai Yamuna pada Jumaat.
Tindakan itu dilakukan susulan pencemaran sungai yang berlaku sehingga menyebabkan landskap akuatiknya tandus dan buih toksik menyelubungi permukaannya.