Dialog peta diplomasi sains serantau dilancarkan
ASEAN melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kerjasama saintifik serantau menerusi Dialog Peringkat Tinggi di Jakarta menghimpunkan pembuat dasar, pakar dan institusi dari seluruh Asia Tenggara. Diterajui oleh MIGHT, BRIN Indonesia dan IISDS UCSI dengan sokongan MOSTI dan Sekretariat ASEAN, dialog ini merintis penyediaan Peta Hala Tuju Diplomasi Sains ASEAN.