Dua maut, 2,700 kediaman ditenggelami air di Medan
Sekurang-kurangnya dua mangsa terbunuh manakala enam yang lain hilang dalam kejadian banjir di Medan, wilayah Sumatera Utara pada Jumaat. Hujan lebat di bandar ketiga terbesar Indonesia itu turut mengakibatkan ribuan kediaman ditenggelami air selepas empat sungai melimpah.