Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Elektrik | Pengguna SESB terima faedah deposit 2.5% bermula Januari

Elektrik | Pengguna SESB terima faedah deposit 2.5% bermula Januari

Pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima faedah tahunan sebanyak 2.5 peratus, juga dikenali sebagai rebat daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, perkara itu akan dikreditkan ke bil elektrik pelanggan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.