Gempa Turkiye | MAHB bantu mudah cara operasi penerbangan SAR di Turkiye
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberikan sepenuh komitmen untuk memudah cara semua penerbangan penyelamatan dan operasi kargo yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW).
Ia susulan gempa bumi dahsyat yang melanda tenggara Turkiye, awal pagi Isnin.
MAHB merupakan operator lapangan terbang tersebut.