Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gempa Turkiye, Syria | JAKIM dan JAWI laksana kutipan derma di masjid

Gempa Turkiye, Syria | JAKIM dan JAWI laksana kutipan derma di masjid

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan kutipan derma di masjid atau surau bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, kutipan derma itu akan dilakukan di masjid serta surau seliaannya setiap hari Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula esok.