Houthi mengaku bertanggungjawab lancar peluru berpandu ke Israel
Tentera Israel telah memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi di Yaman selepas beberapa kawasan di Israel mengaktifkan sistem amaran.
Dalam pada itu, kumpulan Houthi yang disokong oleh Iran mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.