‘I Lindung U’ tawar aktiviti mesra keluarga dan pendedahan produk
Festival Mega I Lindung U menampilkan pelbagai aktiviti mesra keluarga termasuk reruai makanan, trak makanan tular, persembahan artis dan influencer, kaunter pendaftaran PERKESO serta promosi diskaun. Program ini bertujuan memberi pengalaman menyeronokkan sambil memperkenalkan produk dan perkhidmatan PERKESO secara langsung kepada masyarakat.
