Industri Padi | Inisiatif SMART SBB tingkat produktiviti, pengeluaran
Pelaksanaan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bakal meningkatkan produktiviti dan pengeluaran padi dan beras negara menerusi penglibatan syarikat peneraju.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata inisiatif itu sekali gus akan membantu meningkatkan pendapatan pesawah selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.