Inflasi | Syarikat kosmetik Revlon failkan bankrap
Syarikat kosmetik, Revlon telah memfailkan bankrap di Amerika Syarikat ekoran gangguan rantaian bekalan yang mengakibatkan kos bahan mentah dalam pengeluaran produknya meningkat.
Menurut laporan BBC, firma berusia 90 tahun itu turut berdepan isu pembayaran kepada pembekal, inflasi dan kekurangan tenaga kerja.