IPP Malaysia Mei 2025 naik 0.3% disokong sektor Pembuatan
Secara kumulatif, bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, IPP Malaysia mencatatkan pertumbuhan 2.0 peratus, lebih perlahan berbanding 3.4 peratus dalam tempoh sama tahun lalu. Ini dipengaruhi oleh penyusutan dalam sektor Perlombongan (-5.1%) dan Elektrik (-1.3%), manakala sektor Pembuatan kekal sebagai penyumbang utama dengan peningkatan 4.1 peratus.