Iran tidak akan akur tekanan AS - Presiden
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa Tehran tidak akan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat untuk menghentikan program nuklearnya. Beliau pada masa sama menyifatkan tuntutan Washington sebagai tidak realistik dan tidak menghormati hak kedaulatan negara itu.