Jemaah Terkandas | Idris kecewa, gesa hukuman setimpal kepada pelaku
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melahirkan rasa kecewa susulan insiden jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.Menerusi satu kenyataan media, beliau turut meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan membawa pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit ke muka pengadilan.