Jenayah | Penganggur jual air ketum di tepi jalan
Kegiatan seorang penganggur menjual air ketum di tepi jalan menggunakan sebuah kereta di sekitar bandar Dungun, terbongkar selepas lelaki terbabit ditahan polis pada jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata suspek dipercayai memproses dan menjual ketum, sejak sebulan lalu.