KDN tidak akan dedah maklumat siasatan di Dewan Rakyat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan mendedahkan secara terbuka maklumat siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, di Dewan Rakyat atas alasan akan mengganggu proses pengesanan suspek, selain boleh menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
