Kemalangan | Tujuh pelanggan cedera, kereta rempuh restoran
Tujuh individu cedera termasuk empat wanita selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh sebuah restoran di Batu 4, Jalan Klang Lama, pada Ahad.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 malam berhubung kejadian tersebut.