Kementerian Digital bincang penganjuran acara antarabangsa bersama KPM, KPT
Kementerian Digital akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengenai penganjuran acara berskala antarabangsa bagi menghimpunkan universiti dan pelajar bagi mengetengahkan kekuatan akademia tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).