Skip to main content

Advertisement

Kenyataan Perkauman: Muhyiddin selesai beri keterangan selepas hampir tiga jam

Kenyataan Perkauman: Muhyiddin selesai beri keterangan selepas hampir tiga jam

Polis mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya yang didakwa berbau perkauman pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor baru-baru ini.

Keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu diambil di pejabatnya di bangunan Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA) di ibu negara pagi Khamis.