Kerajaan akan wujud sistem aduan 'cedok content' pemilik berita
Kementerian Komunikasi akan melihat keperluan mewujudkan satu sistem asas, dimana pemilik berita boleh membuat aduan jika 'content' atau berita diambil tanpa kebenaran.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata, lambakan isu bahan berita yang 'dicedok' lalu dimuatnaik tanpa kebenaran di laman web lain boleh mengakibatkan maklumat dan fakta disalahtafsir.