Kerajaan bangunkan super aplikasi MyGov Malaysia
Kerajaan sedang membangunkan MyGov Malaysia, sebuah super aplikasi yang menghimpunkan perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri dan PBT. Aplikasi ini menggunakan MyDigital ID untuk pengesahan identiti dan akan dilancarkan secara berfasa bagi menjamin keselamatan pengguna.
