Kerajaan sediakan subsidi elektrik RM3.54B untuk Sabah, sebelum serah kuasa kawal selia pada 2030
Dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menarik balik penyaluran peruntukan subsidi elektrik kepada Sabah adalah tidak benar, tegas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Dalam perkongsian di laman media sosial Kementerian Kewangan, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan komited menyediakan subsidi elektrik sebanyak RM3.54 bilion ringgit selama tujuh tahun...