Kerjasam Politik | ‘Mungkin parti lain sudah buat pengagihan kerusi’ - Mukhriz
Penolakan gabungan parti lain untuk tidak bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, mungkin disebabkan mereka sudah membuat pengagihan kerusi.
Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya kerjasama politik diteruskan, pastinya perlu ada kerusi yang akan dikorbankan.