Keselamatan | KPISM mohon tambah baik depot tahanan
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia memohon agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera menyalurkan peruntukan bagi menambah baik fasiliti di depot-depot tahanan imigresen di seluruh negara.
Menurut Presidennya, Khairil Niza Khairuddin, ini kerana terdapat depot tahanan yang dalam keadaan uzur dan tidak mampu menampung jumlah tahanan yang terlalu ramai.