Kestabilan Politik | PH bersifat terbuka sekiranya MoU disambung
Pakatan Harapan (PH) bersifat terbuka sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mempunyai cadangan menyambung Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik, selepas 31 Julai ini.
Timbalan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sedia berunding dengan kerajaan demi kepentingan rakyat.