"Kita tidak ada dana khusus sukan permotoran, sebaliknya..." - Adam
Tmbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Adam Adli memberitahu bahawa kerajaan tidak mempunyai dana khusus untuk sukan permotoran, sebaliknya kerajaan menggunakan beberapa dana sedia ada seperti Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti dan Dana Sukan Kawasan. Tahun 2023 sahaja dana sebanyak RM7.4 juta telah diluluskan, tambah beliau.