Skip to main content

Advertisement

Konflik Myanmar | Malaysia kutuk hukuman mati 4 aktivis demokrasi

Konflik Myanmar | Malaysia kutuk hukuman mati 4 aktivis demokrasi

Malaysia mengutuk tindakan Junta Myanmar melaksanakan hukuman mati terhadap empat aktivis demokrasi negara itu, selepas dituduh membantu memerangi tentera yang merampas kuasa tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata malaysia berpendirian tindakan Junta itu adalah jenayah terhadap kemanusiaan dan ia menjejaskan proses menyelesaikan konflik di Myanmar menerusi rundingan.