Kontak Rapat | Tiada kuarantin jika dapat dos penggalak, tiada gejala
Bermula hari ini individu dewasa yang sudah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya menjadi kontak rapat kes positif.
Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka perlu menjalani ujian RTK AG kendiri pada hari pertama dan ketiga.