Kos rawatan akibat vape seperti EVALI cecah RM244 juta - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Parlimen bahawa hasil Analisis Impak Peraturan (RIA) mendapati kerajaan telah membelanjakan RM244.8 juta bagi rawatan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik seperti EVALI.
Kos itu dijangka meningkat hingga RM400 juta menjelang 2030 jika penggunaan vape berterusan.