Krisis Ukraine-Rusia | 27 negara hantar bantuan ke Ukraine – Laporan
Agensi media melaporkan sejumlah 27 kerajaan termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bersetuju untuk membekalkan senjata, bekalan perubatan serta bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
Perkembangan itu berikutan pertempuran yang mula tercetus di Kyiv sejak awal pagi tadi, selepas Ukraine menjangkakan serangan Rusia di ibu negara itu.