Lelaki Palestin maut ditembak dalam serangan di Burqa
Seorang lelaki warga Palestin berusia 19 tahun maut ditembak selepas kampung Burqa di Tebing Barat diserang oleh sekumpulan penduduk Yahudi pada Jumaat. Saksi mendakwa, penduduk Yahudi itu melontarkan batu dan membakar beberapa kenderaan dalam serangan tersebut.