Lundu dan Tebedu berisiko tinggi alami kemerosotan kualiti udara
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berkata setakat 8 pagi tadi, kualiti udara di Lundu berada dalam kategori tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 125 dan kategori sederhana pada bacaan IPU 69 di Tebedu.