Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Masalah Air | Belum sampai sehingga peringkat krisis - Sanusi

Masalah Air | Belum sampai sehingga peringkat krisis - Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan masalah air yang berlaku di negeri itu adalah situasi normal yang terjadi terutamanya ketika musim kemarau yang panjang melebihi dua atau tiga bulan.

Bagaimanapun, menurut beliau, masalah yang dihadapi itu belum sampai sehingga ke peringkat krisis air.

Tambahnya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Lembaga Pertanian Kemajuan Muda (MADA), tiada sebarang isu membabitkan empangan yang ada di Kedah, dan takungan air masih mencukupi.

Itu reaksi beliau ketika ditanya baru-baru ini.