Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Mayat pelajar praktikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang maut dalam kejadian letupan gas penyaman udara di HELP University, Bukit Damansara pada Isnin telah dituntut oleh keluarganya.
Keluarga mangsa hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 2.45 petang Selasa selepas selesai proses bedah siasat.
