MEASAT berada di lapangan, beri perkhidmatan terus ikut kehendak pelangan
Pengerusi MEASAT Global Berhad, Rezza Hassan berkata demi memastikan perkhidmatan ketersambungan internet dapat memberi manfaat maksimum kepada pengguna luar bandar, MEASAT memastikan wakil perkhidmatannya berada dekat dengan pengguna. Jelasnya, ini salah satu keunikan MEASAT yang sememangnya berada dilapangan, dan membolehkan penyediaan perkhidmatan mengikut keperluan individu pelanggan.