Media sosial: Impak penetapan had umur perlu analisis lebih teliti - Fahmi
Impak penetapan had umur penggunaan platform media sosial di Malaysia perlu dianalisis lebih teliti, khususnya membabitkan kajian dan penilaian sosial seperti kesan psikologi serta perbezaan akses kepada maklumat dan komunikasi, antara kanak-kanak serta remaja.