Menjelang Aidilfitri | 89,976 tiket KTMB masih ada untuk pulang beraya
Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata baki tiket itu melibatkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar),...