MIHAS@Shanghai sasar RM3 bilion, lonjak Malaysia sebagai hab halal global
Edisi kedua MIHAS peringkat antarabangsa berlangsung di Shanghai selepas kejayaan MIHAS@Dubai 2024. Timbalan Perdana Menteri yakin sasaran jualan RM3 bilion mampu dicapai, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia.
